Tuesday, January 11, 2011

Ahlan wa sahlan, wa marhaban bikum !

Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wabarakatuh....

Ahlan wa sahlan, wa marhaban bikum !

Alhamdulillah....InshaAllah, tidak lama lagi, akan berlangsungnya majlis Akad Nikah antara Aiman dan Kausar. TerimaKasih tidak terhingga atas ucapan TAHNIAH serta DOA yang mencurah-curah dari sanak saudara serta sahabat-sahabat semua serta anak-anak terutamanya di Mesir.

InshaAllah, Majlis Akad Nikah akan diadakan di UK pada 11hb Februari 2011 (Jumaat). Majlis Kenduri di Mesir akan diadakan pada 18hb Februari 2011 (Jumaat). Majlis di Malaysia akan diadakan pada bulan Julai dan September 2011. InshaAllah.

Untuk memudahkan makluman disampaikan, maka blog ni diujudkan.

Bagi melancarkan majlis di UK dan Mesir, maka, amatlah dihargai sekiranya dapat mengesahkan kehadiran di bahagian kanan blog ini. Kerjasama anda amatlah dihargai.

Terima Kasih atas sokongan dan bantuan semua. Pihak kami memerlukan doa dari kalian semua agar majlis berlangsung dengan lancar dan seterusnya agar ikatan perkahwinan ini diberkati oleh Allah swt. Mohon maaf, sekiranya terdapat apa-apa kekurangan yang akan ditempuh didalam kami melaksanakan majlis ini nanti. Doa agar dilancarkan perjalanannya serta diberi kesudahan yang TERBAIK dan sempurna. Ameen !

Akhirkalam,
Impian ingin menggapai SYURGA
Syurga cinta berpaksi AGAMA
Ikhlas dari kami sekeluarga
Menjemput semua hadir bersama

Jazakallah Khairan Khatira



Salam Ikhlas dari keluarga pengantin :-)
Siti Haniza Mohd Nazri (UmmiMM) & Prof Madya Dr Ahmad Rodzi Mahmud
dan
Prof Dr Abdul Latiff Mohammad & Dr Norhin Tamby Kadir


9 comments:

JM said...

salam..datang malaysia punya boleh??huuhuu :)

ummiMM said...

Malaysia...spt biasa, inshaAllah..tak payah register..dtg aja nanti....kalau nak jadi petugas..he..he..kena berumahtangga umah Ummi lah dulu...

kookaburra said...

salam. JAYYYY?? sure lah boleh! :)
harap semua berjalan lancar inshaAllah. doakan tau! hehe.

sephia said...

Mabruq keluarga Ummi dan Dr Latiff,
Semoga usaha dakwah dapat diteruskan oleh pasangan anak-anak yang bertuah ini. Happy for both family. Perfect gift from Allah. Alhamdulillah

MslimahAR said...

insyaAllah pasti lancar..
Nak jd AJK membantu lg boleh??

ummiMM said...

MslimahAR...volunteers utk majlis di Mesir masih diperlukan. Kalau leh liaise dgn Fauzana (Kak Cik), dia event menager. TerimaKasih daun keladi :-)

.:dyla lokman:. said...

kausar!!! mabruk ya ukhti!
insyaAllah kalau aku balik Malaysia, aku pergi walimah kau :)
sayangnya aku kat US. kalau kat UK dah boleh dah pergi nak dapatkan berkat.hahaha.

Anonymous said...

selamat pengantin baru kausar !!

Anonymous said...

kausar...cogratz...smoge dpermudahkn sgala urusan...amiiin=)
nk dtg kt malaysia ny...=)

Post a Comment